Tender Bahagian PEROLEHAN

Tender adalah dipelawa kepada penender-penender yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam kelas dan jenis pendaftaran yang berkaitan dan yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja/bekalan berikut:-

No. Tawaran: 16/2018
Tarikh Iklan: 21 Dec 2018
Bil.
No. Tender
Tarikh Tutup
Harga (RM)
Nama Perolehan / Butir Tawaran
Status
File PDF Muat Turun
1KP/PERO-5/C/T160/2018/OE29 Jan 201950.00PEROLEHAN PEMBEKALAN ALAT GANTI SISTEM KRIPTOGRAFI ATM DAN LATIHAN SENGGARAAN LANJUTAN UNTUK MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(Kod Bidang: 210201)
Iklan

Syarat Khas Bil 

Petender diwajibkan menghadiri taklimat tender  dan lawatan tapak sebelum mengemukakan apa-apa tawaran. Hanya Pemilik Syarikat atau Penama yang tercatat dalam Sijil Akuan Pendaftaran, Kementerian Kewangan dibenarkan hadir. Sila bawa bersama salinan Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), salinan Sijil Akuan PendaftaranSijil Kementerian Kewangan dalam kod bidang yang berkaitan dan Cop Syarikat semasa menghadiri taklimat tender yang akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:

Tarikh : 4 Januari 2019 (Jumaat)

Masa Pendaftaran : 10.00 pagi -10.30 pagi 

Tempat : Bilik Mesyuarat AMSS,

               Bangunan Puskom Kementah,

               Jalan Padang Tembak

                50634 Kuala Lumpur.

 

  • Atas faktor kerahsiaan petender yang mempunyai surat akuan pembekal sahaja dibenarkan menyertai taklimat tender
  • Urusan pembelian dokumen tender hanya boleh dibuat bermula pada 7 Januari 2019.

 

Dokumen Tender boleh diperolehi di Bahagian Perolehan kaunter Kementerian Pertahanan, Aras 1, Bangunan TH-SELBORN, Lot 153, Jalan Tun Razak 50400, Kuala Lumpur. Petender dikehendaki membawa bersama salinan SIJIL PENDAFTARAN KEMENTERIAN KEWANGAN DAN SATU SALINAN (FOTOSTAT) dalam kod bidang seperti diatas untuk tujuan pengesahan. Pembayaran hendaklah dibuat dalam Wang Pos/Kiriman Wang (Money Order)/Bank Draf Berpalang atas nama 'Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan'.

Waktu Penjualan dokumen tender melalui kaunter adalah seperti berikut :

 

Hari

Isnin hingga Khamis

Jumaat

Masa Berurusan

8.30 pagi-12.30 tengah hari

2.00 petang–3.30 petang

8.30 pagi-12.00 tengah hari

2.45 petang–3.30 petang