Semakan Tender
SENARAI 'SEMAKAN ' BAGI PETENDER (Sila kepilkan di muka depan
Tawaran Petender)
1. Sudahkah tuan pastikan tarikh, hari dan masa penutupan tender.
2. Tahukah tuan memerlukan masa dan kelulusan untuk memasuki
Komplek Wisma Pertahanan. Sila datang awal bagi mengelakkan Kelewatan.
3. Sudahkah tuan pasti KOTAK Tender yang betul dan ditandatangani.
4. Sudahkah tawaran harga tuan di semak dengan betul dan ditandatangani.
5. Sudahkah PENGASINGAN di buat antara Maklumat Harga dengan
Maklumat Teknikal (jika ada) Rujuk semula para 5.1 Kembaran 'A'.
6. Sudahkah dokumen-dokumen berikut disertakan:
* 6.1 Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan (tempoh pendaftaran
berkuatkuasa sepanjang tempoh kontrak).
* 6.2 Sijil Pendaftaran Status Bumiputera (tempoh pendaftaran
berkuatkuasa sepanjang tempoh kontrak).
* 6.3 Sijil Keahlian Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu.
* 6.4 Profail Syarikat.
7. Sudahkah tuan menyediakan Deposit Tender sepertimana yang
diperlukan di para 6.2.1 Kembaran 'A' (jika berkenaan).
8. Sudahkah tuan menyediakan Deposit Bon Keselamatan (jika berkenaan).