Prosedur: Pengenalan

Syarat-Syarat Kelayakan Tender Cetak E-mail


1. Syarat Keperluan

1.1 Tender ini adalah bagi perolehan -------------- dengan Petender yang berjaya. 1.2 Harga tawaran hendaklah tetap tidak berubah dan mempunyai tempoh sahlaku untuk tempoh sembilan (9) bulan dari tarikh tender ditutup. Bagi tawaran yang berjaya, harga tawarannya akan terus sah sehingga tempoh Kontrak tamat.

2. Matawang

2.1 Petender hendaklah membuat tawaran dalam matawang Malaysia (Ringgit Malaysia).

3. Jenis Pembekalan

3.1 Harga yang ditawarkan hendaklah berdasarkan kepada FOB Vessel negara pengeluar atau jika barangan diperolehi di pasaran tempatan, maka harga hendaklah berdasarkan harga bersih (nett delivered price) sahaja ke tempat penghantaran yang ditetapkan.

4. Borang Tender

4.1 Semua tawaran hendaklah dibuat dengan menggunakan borang tender rasmi yang dikeluarkan oleh Bahagian Perolehan, Kementerian Pertahanan. Sekiranya terdapat keperluan untuk memberi maklumat tambahan yang tidak boleh dimuatkan di dalam borang tender, maka maklumat ini boleh disertakan dengan menggunakan lampiran berasingan.

5. Tindakan Yang Perlu Diambil Jika Mengambil Bahagian

5.1 Tender tuan hendaklah dikemukakan dalam dua (2) sampul surat yang mengandungi dokumen seperti yang ditunjukkan seperti berikut:

Sampul ASampul B
Satu salinan setiap dokumen berikut:Satu salinan setiap dokumen berikut:
5.1.1  Kembaran B
          - Pengakuan Menerima

          - Dokumen Tender Dan

             Pengesahan Mengambil

             Bahagian.
5.1.1  Kembaran D 
          - Maklumat Teknikal

              (Risalah / Brochures)
5.1.2  Kembaran C 
          - Tawaran Harga.
5.1.2  Kembaran F 
          - Jadual Pematuhan

             (Schedule of Compliance)
5.1.3  Kembaran D 
          - Maklumat Teknikal

              (Risalah / Brochures)
5.1.3  Katalog/Brochures/Gambarajah/
          Illustrated Part Catalogue (IPC).

 

5.1.4 Kembaran E - Spesifikasi.

5.1.5 Kembaran F - Jadual Pematuhan (Schedule of Compliance)

5.1.6 Kembaran G - Borang Maklumat / Profail Petender.

5.1.7 Katalog / Brochures / Gambarajah / Illustrated Part Catalogue (IPC).

Nota:

a. Petender dikehendaki menyertakan maklumat lengkap bagi item yang ditawarkan bersama-sama dengan Kembaran D yang mengandungi Spesifikasi/maklumat teknikal, risalah/brochures, item katalog, gambarajah atau IPC (Illustrated Part Catalogue).

b. Schedule of Compliance (SOC) hendaklah dipenuhi dan sekiranya tawaran adalah berbeza daripada SOC, katalog atau Maklumat Teknikal hendaklah dikemukakan bagi tawaran tersebut.

c. Bagi dokumen yang dimasukkan ke dalam Sampul B, Petender adalah DILARANG mencatit nama Syarikat di mana-mana sekalipun di dalam dokumen tersebut.

5.2 Kedua-dua Sampul A dan B hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul yang lebih besar dan hendaklah ditanda di sebelah kiri atas sampul seperti berikut:

TENDER NO. : ---------------------------------
TARIKH TUTUP TENDER : ---------------------------------
KOTAK TENDER : ---------------------------------

5.3 Tawaran ini ditutup pada jam 12.00 tengah hari, hari Selasa. Tawaran-tawaran lewat tidak akan dipertimbangkan.

5.4 Sampul surat/bungkusan yang mengandungi dokumen tender/tawaran boleh dihantar melalui pos atau dimasukkan sendiri ke dalam Kotak Tender yang berkenaan.

5.5 Sampul-sampul yang diterima lewat dari yang ditetapkan di para 5.3 di atas atau yang telah tersalah masuk ke dalam kotak tender selain dari kotak 'D' tidak akan dipertimbangkan.

5.6 Kegagalan tuan mematuhi arahan di para 5.1 dan 5.2 di atas boleh menyebabkan tawaran tuan ditolak.

5.7 Jika pihak tuan/puan memerlukan keterangan-keterangan lanjut, sila berhubung dengan:

Ketua Setiausaha
Kementerian Pertahanan
Bahagian Perolehan
Tingkat 4, Wisma Pertahanan
Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
(Tel: 03-2921333 Samb: 5164)

6. Kelayakan Untuk Mengambil Bahagian Di Dalam Tender Ini.

6.1 Syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan.

6.1.1 Syarikat yang telah berdaftar di bawah bidang yang telah ditetapkan kod/bidang 090100 bagi tender ini dengan Kementerian Kewangan atau Pejabat Kewangan Persekutuan Sabah atau Pejabat Kewangan Persekutuan Sarawak dan tempoh sahlaku pendaftarannya masih berkuatkuasa adalah layak untuk mengambil bahagian di dalam Tender ini.

6.1.2 Syarikat adalah dikehendaki memajukan satu salinan fotostat Sijil Pendaftaran yang dikeluarkan oleh Kementerian/Pejabat tersebut bersama-sama Dokumen Tender.

6.1.3 Bagi Syarikat yang mendapat taraf sebagai Kontraktor Bumiputera hendaklah juga memajukan salinan fotostat Sijil Pengesahan tersebut.

6.1.4 Salinan-salinan Sijil yang dimajukan hendaklah disahkan salinannya oleh Pesuruhjaya Sumpah/Pegawai Kumpulan Pengurusan /Penghulu.

6.1.5 Tempoh sahlaku pendaftaran Sijil Kementerian Kewangan atau Pejabat Kewangan Persekutuan Sabah atau Pejabat Kewangan Persekutuan Sarawak dan Sijil Taraf Bumiputera hendaklah berkuatkuasa di sepanjang tempoh sahlaku tawaran dan bagi tempoh kontrak (jika berjaya).

6.2 Syarikat-Syarikat yang tidak berdaftar dengan Kementerian Kewangan.

6.2.1 Di dalam kes-kes di mana Petender tidak berdaftar dalam bidang yang berkenaan, satu surat pengecualian hendaklah diperolehi daripada Kementerian Kewangan dan tawaran hendaklah disertakan dengan deposit tender dalam bentuk draf bank / jaminan bank bernilai 2.5% dari nilai tawaran dengan had maksimum RM10,000.00 sehingga sahlaku Tawaran Tender.

6.2.2 Deposit Tender akan dikembalikan setelah keputusan Tender dibuat.

7. Menarik Diri Dari Mengambil Bahagian

7.1 Petender yang menarik diri semasa tawarannya sedang di dalam pertimbangan atau menolak tawaran tender yang diberikan, boleh dikenakan tindakan/hukuman seperti berikut:

7.1.1 Amaran.
7.1.2 Batal Tajuk Pendaftaran.
7.1.3 Penarikan Balik Taraf Bumiputera / Pembuat.
7.1.4 Gantung Pendaftaran.
7.1.5 Batal Pendaftaran.
7.1.6 Senaraihitam Ahli Lembaga Pengarah.
7.1.7 Senaraihitam Syarikat.

7.2 Bagi Petender yang tidak berdaftar di para 6.2 Deposit Tender akan dirampas.

8. Butir-Butir Sokongan

8.1 Kesemua pengakuan yang dibuat didalam dokumen tender hendaklah disokong dengan pengesahan dan bukti bertulis.


9. Penerimaan Tawaran

9.1 Kerajaan tidak akan terikat menerima tawaran yang termurah/terendah atau mana-mana tawaran. Kerajaan berhak untuk memecah/membahagikan tawaran kepada lebih dari satu jika dirasakan perlu dan berpatutan.


10. Kontrak

10.1 Petender yang berjaya akan dikehendaki menandatangani Kontrak bagi Perolehan ini.


11. Bon Pelaksanaan (Performance Bond)

11.1 Petender yang berjaya akan dikehendaki mengemukakan Bon Pelaksanaan dalam bentuk Jaminan Bank dalam Ringgit Malaysia daripada Bank-Bank yang berdaftar di Malaysia atau Jaminan Insurans dari Syarikat-Syarikat Insurans yang diluluskan dan berdaftar di Malaysia mengikut Akta Insurans 1963, sepertimana yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan bagi jaminan penyempurnaan pelaksanaan dan obligasi kepada Kontrak. Nilai Bon adalah berdasarkan seperti berikut:

11.1.1 2.5% jika nilai tahunan kontrak di antara RM50,000.00 hingga RM500,000.00.

11.1.2 5% jika nilai tahunan kontrak melebihi RM500,000.00.

11.2 Bagi kontrak yang bernilai kurang dari RM500,000.00. Jaminan Insuran boleh juga dipertimbangkan.

11.3 Bon Pelaksanaan akan dikembalikan setelah 12 bulan dari tarikh tamat kontrak atau tarikh penghantaran akhir yang mana terkemudian. Walau bagaimanapun jika kontraktor didapati melanggar syarat-syarat Kontrak yang telah dipersetujui dan tidak menjelaskan denda jika ada, maka Bon Pelaksanaan itu akan dirampas sebahagian atau sepenuhnya.


12. Tempoh Penghantaran

12.1 Tempoh penghantaran hendaklah dinyatakan dengan jelas oleh Petender dan tempoh tersebut hendaklah dikira dari tarikh pesanan rasmi Kerajaan dikeluarkan. Di mana penghantaran tertakluk kepada lesen eksport, tempoh penghantaran hendaklah mengambilkira masa yang diperlukan bagi mendapatkan lesen mengeksport berkenaan.


13. Kelewatan

13.1 Sebarang perlanjutan tempoh penghantaran di dalam Kontrak hanya boleh dilaku dengan kebenaran daripada Kerajaan. Jika kelewatan penghantaran berlaku bukan disebabkan ‘Force Majeaure’ yang tulen, Kontraktor akan dikenakan denda lewat bekal kepada Kerajaan atas kadar dua peratus (2%) dari nilai barang yang sebenarnya untuk setiap bulan kelewatan. Bagi kelewatan yang kurang dari satu bulan, ianya hendaklah dikira mengikut perkiraan tiga puluh (30) hari dalam satu bulan.


14. Perkapalan Dan Insuran

14.1 Bagi Petender yang membuat tawaran FOB, pihak Kerajaan akan menguruskan, insurans dan penghantaran dengan agen Perkapalan Kerajaan, iaitu 'Multimodal Transport Operators' untuk pengangkutan barang-barang berkenaan ke Malaysia.


15. Tidak Menepati Kehendak Tender

15.1 Petender yang gagal untuk menepati/memenuhi ke semua kehendak tender yang telah dijelaskan di atas memungkinkan tawarannya ditolak/tidak dipertimbangkan.


16. Keutamaan Kepada Pembuat/Pengilang Tempatan

16.1 Mengikut Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 1994, keutamaan 10 peratus daripada tawaran termurah akan diberi kepada barangan buatan tempatan dengan syarat kualiti barang-barang tersebut memuaskan.


17. Keutamaan Kepada Syarikat Bumiputera

17.1 Surat Pekeliling Bil. 4 Tahun 1995, memberi keutamaan kepada petender bertaraf Bumiputera dengan kadar peratus antara 3 hingga 10 peratus daripada nilai tawaran termurah tertakluk kepada nilai tender.


18. Bantahan

18.1 Sebarang bantahan mengenai spesifikasi tender yang menjurus kepada sesuatu jenama hendaklah dimajukan secara bertulis dengan memberi butir-butir dan bukti yang berkenaan dalam tempoh 14 hari dari tarikh iklan tender. Walau bagaimanapun Kerajaan tidak terikat untuk menerima bantahan ini.