Prosedur: Pengenalan

Semakan Bagi Tender Cetak E-mail


SENARAI 'SEMAKAN ' BAGI PETENDER (Sila kepilkan di muka depan Tawaran Petender)

1. Sudahkah tuan pastikan tarikh, hari dan masa penutupan tender.

2. Tahukah tuan memerlukan masa dan kelulusan untuk memasuki Komplek Wisma Pertahanan. Sila datang awal bagi mengelakkan Kelewatan.

3. Sudahkah tuan pasti KOTAK Tender yang betul dan ditandatangani.

4. Sudahkah tawaran harga tuan di semak dengan betul dan ditandatangani.

5. Sudahkah PENGASINGAN di buat antara Maklumat Harga dengan Maklumat Teknikal (jika ada) Rujuk semula para 5.1 Kembaran 'A'.

6. Sudahkah dokumen-dokumen berikut disertakan:

* 6.1 Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan (tempoh pendaftaran berkuatkuasa sepanjang tempoh kontrak).
* 6.2 Sijil Pendaftaran Status Bumiputera (tempoh pendaftaran berkuatkuasa sepanjang tempoh kontrak).
* 6.3 Sijil Keahlian Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu.
* 6.4 Profail Syarikat.

7. Sudahkah tuan menyediakan Deposit Tender sepertimana yang diperlukan di para 6.2.1 Kembaran 'A' (jika berkenaan).

8. Sudahkah tuan menyediakan Deposit Bon Keselamatan (jika berkenaan).