Pengenalan
Cetak E-mail
PROSEDUR - PROSEDUR TENDER KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
Pengenalan
Bahagian Perolehan bertanggungjawab mengenai tender-tender bekalan
dan perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia sementara Bahagian
Pembangunan pula bertanggungjawab mengenai tender-tender Projek
Infrastruktur. Tender-tender dilaksanakan berdasarkan konsep best
value for money. Ianya merangkumi tender-tender yang dikeluarkan
secara tender terbuka, tender terhad, sebutharga, rundingan terus
dan pembelian antara Kerajaan.
PROSEDUR TENDER PEROLEHAN
Pengumuman
Dokumen Tender boleh diperolehi di Kaunter Khidmat Pelanggan,
Bahagian Perolehan, Kementerian Pertahanan Malaysia, d/a Aras
1, Menara TH-SELBORN, Lot 153, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur
dengan menunjukkan SIJIL ASAL PENDAFTARAN KEMENTERIAN KEWANGAN
dalam kod bidang seperti di atas yang mana tempoh pendaftaran
masih sah dan menyerahkan satu salinan (fotostat) sijil berkenaan
semasa membeli Dokumen Tender bersama bayaran dokumen tender.
Permohonan melalui pos daripada penender yang beralamat luar
dari Kuala Lumpur dan Petaling Jaya hendaklah menghantar terus
ke alamat Kaunter Khidmat Pelanggan, Bahagian Perolehan, Kementerian
Pertahanan Malaysia, d/a Aras 1, Menara TH-SELBORN, Lot 153, Jalan
Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur bersama bayaran dokumen tender dan
satu salinan (fotostat) yang diakui sah oleh Pesuruhjaya Sumpah
berserta SAMPUL SURAT yang beralamat sendiri.
Pembayaran hendaklah dibuat dalam bentuk Wang Pos/Kiriman Wang
(Money Order)/Bank draf berpalang atas nama Ketua Akauntan, Kementerian
Pertahanan.
Tawaran hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri
dengan mencatatkan No. Tender dan dimasukkan ke dalam Peti Tender
yang ditetapkan di Aras 1, Menara TH-SELBORN, Lot 153, Jalan Tun
Razak, 50400 Kuala Lumpur sebelum atau pada pukul 12.00 tengah
hari, tarikh tutup tender. Sekiranya tarikh tutup tender jatuh
pada hari kelepasan Am maka tender tutup pada hari keesokannya
jam 12.00 tengah hari. Tawaran yang lewat diterima akan dipertimbangkan.
Waktu penjualan dokumen-dokumen tender adalah seperti berikut
:-
Isnin - Khamis
:
8.30 pagi hingga 5.00 petang
Jumaat
:
8.30 pagi hingga 12.15 tengahari
2.45 petang hingga 5.00 petang
PROSEDUR TENDER PEMBANGUNAN
Pengumuman
1. Kontraktor dikehendaki membawa Dokumen Asal Pendaftaran ke
alamat seperti di bawah bagi mengesahkan kelayakkan sebelum dibenarkan
membeli Dokumen Tawaran. Sesalinan fotostat dokumen pendaftaran
bagi setiap tender hendaklah diserahkan untuk simpanan Kementerian.
Bayaran dokumen tawaran hendaklah dibuat dengan Wang Pos/Bank
Draf yang dibuat atas nama Akauntan Kanan Perbendaharaan, Kementerian
Pertahanan. Bayaran ini tidak dikembalikan. Wakil Syarikat/Kontraktor
hendaklah membawa Surat Perwakilan Syarikat untuk pembelian tender.
Ketua Setiausaha
Kementerian Pertahanan Malaysia
Cawangan Darat, Laut & Udara
Bahagian Pembangunan
Tingkat 3, (Pintu No. 03.05)
Wisma Pertahanan
Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur.
Waktu penjualan dokumen-dokumen tender adalah seperti berikut
:-
Isnin - Khamis
:
8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari
2.00 petang hingga 4.00 petang
Jumaat
:
8.00 pagi hingga 12.15 tengah hari
2.45 petang hingga 4.00 petang
2. Dokumen tawaran boleh didapati dari alamat seperti di perenggan
2, mulai dari tarikh setiap iklan disiarkan sehingga tarikh yang
ditentukan melaluinya pada waktu pejabat dengan mengemukakan resit
rasmi pembayaran dokumen.
3. Dokumen tender yang telah lengkap diisi dan dilakri serta
ditulis nombor tender dan jenis kerja di sudut atas sebelah kiri
sampul surat hendaklah di alamatkan kepada :
Ketua Setiausaha
Kementerian Pertahanan Malaysia
Bahagian Pembangunan
d/a Aras 3A, Menara TH-SELBORN
Lot 153, Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur.
4. Dokumen tawaran hendaklah dimasukkan ke dalam peti tender
tersebut di atas pada tarikh yang dinyatakan di dalam kenyataan
tawaran pada atau sebelum jam 12.00 tengah hari. Tawaran yang
lewat diterima tidak akan dipertimbangkan dan penghantaran melalui
perkhidmatan penghantaran segera pos laju tidak digalakkan.
5. Pihak Kementerian ini tidak terikat untuk menerima tender terendah
atau mana-mana tender.
PROSEDUR SEBUTHARGA
Pengumuman
Dokumen Sebutharga boleh diperolehi di Kaunter Khidmat Pelanggan,
Bahagian Perolehan, Kementerian Pertahanan Malaysia, d/a Aras
1, Menara TH-SELBORN, Lot 153, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur
dengan menunjukkan SIJIL ASAL PENDEFTARAN KEMENTERIAN KEWANGAN
dalam kod bidang seperti di atas yang mana tempoh pendaftaran
masih sah semasa mengambil Dokumen Sebutharga.
Tawaran hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri
dengan mencatatkan No. Sebutharga dan dimasukkan ke dalam Peti
Sebutharga yang ditetapkan di Aras 1, Menara TH-SELBORN, Lot 153,
Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur sebelum atau pada pukul 12.00
tengah hari, tarikh tutup sebutharga. Sekiranya tarikh tutup sebutharga
jatuh pada hari kelepasan Am maka tender tutup pada hari keesokannya
jam 12.00 tengah hari. Tawaran yang lewat diterima akan dipertimbangkan.
Waktu penjualan dokumen-dokumen sebutharga adalah seperti berikut
:-
Isnin - Khamis
:
8.30 pagi hingga 5.00 petang
Jumaat
:
8.30 pagi hingga 12.15 tengahari
2.45 petang hingga 5.00 petang